Pada 6 September 2011, Bank pusat Switzerland telah mengurangkan nilai Swiss Franc sebanyak 8% dengan mengikatnya dengan matawang Euro. Tindakan ini dilakukan dengan penjualan USD 1 billion emas untuk memaksa nilainya turun dari 1.11 ke 1.21 berbanding Euro.
Tindakan tersebut telah menyebabkan nilai index USD meningkat,harga emas jatuh dan bermulanya peperangan matawang.
Selain daripada itu, kesan daripada tindakan ini secara rasmi telah menobatkan emas dan perak sebagai matawang yang paling selamat di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Sebelum ini, Swiss Franc, emas dan perak menjadi pilihan utama pelabur .Tetapi sekarang, ternyata Swiss Franc tidak lagi terjamin, justeru hanya emas dan perak sahaja yang tinggal dan mampu menyelamatkan kekayaan anda daripada kesan inflasi.
Tidak hairanlah sekiranya selepas daripada minggu ini,harga emas dan perak naik secara rally.
References:
http://www.gata.org/node/10391
http://www.marketoracle.co.uk/Article30316.html