Bank-bank dan kerajaan-kerajaan sudah mula mengenakan sekatan pembelian emas dan perak.

Tanpa disedari, dalam masa 30 hari lalu, satu polisi baru telah dikeluarkan di semua bank eropah
untuk menghadkan pembelian terus emas dan perak fizikal dari bank-bank.

Sekiranya anda telah berurusan dengan bank austria 3 bulan lalu, anda tidak akan menghadapi banyak masalah untuk membeli emas dan perak di dalam kuantiti yang banyak. Anda hanya perlu membuat panggilan ke bank 24-48 jam sebelum anda pergi membuat urusan dan memberitahu sebanyak mana yang anda perlukan. Emas dan perak anda akan tersedia untuk diambil setelah beberapa hari.

Trend terbaru polisi perbankan Austria dan mungkin seluruh Eropah menunjukkan ada pihak yang cuba mengawal jualan dan pemilikan emas dan perak sebagai aset yang selamat dimiliki. Apa yang terjadi sekarang perlu menjadi “wake up call” bukan sahaja untuk orang Eropah bahkan seluruh dunia.

Perubahan polisi ini begitu rahsia sehinggakan ia tidak dilaporkan di dalam arus media perdana ataupun di website-website bank.

Menurut wakil-wakil dan pengarah bank yang ditemuramah oleh Allvoices.com, bank-bank di Austria telah diarahkan untuk menghadkan pembelian individu emas dan perak fizikal sebanyak E15,000 @ USD20,700 dalam satu masa iaitu bersamaan dengan 11 oz emas pada harga semasa.

Difahamkan daripada perbincangan dengan pegawai-pegawai bank tersebut, polisi ini baru sahaja dilaksanakan iaitu 30 hari lalu dan sekarang sudah menjadi prosedur standard bank. Sebab yang diberikan ialah bank-bank mendapat tekanan daripada EU, pegawai-pegawai US dan Austria.Pengarah bank tersebut ada menyebut ia ada kaitan dengan Iniasiatif Pengubahan Wang Haram US dan Arahan Pengubahan Wang Haram EU yang mana telah dilaksanakan di Zon Euro pada disember 2007.

Idea larangan ini diletakkan di bawah tindakan anti pengubahan wang haram amat melucukan. Sebagaimana yang kita ketahui, sekiranya raja dadah atau organisasi jenayah hendak mengubah wang, mereka tidak akan membeli syiling emas dan perak di cawangan bank. Mereka hanya perlu menelefon bank sahaja.

Mesej ini cukup jelas, ada pihak yang tahu di mana harga sebenar wang berada dan orang awam dihalang daripada memperolehnya. Jadi tunggu apa lagi, anda tahu apa yang anda patut lakukan.

Beli emas dan perak sebelum terlambat.

http://www.allvoices.com//contributed-news/10298189-banks-governments-move-to-restrict-personal-gold-bullion-purchases

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s